Hari ini..
aku betul2 merasakan hidupku sepi.
duduk sendirian dalam rumah membuatkan fikiranku bercelaru.
terlalu banyak benda yang bertandang dalam kota fikirku.
Yang pastinya, semua kenangan lama datang menerjah jiwaku,
sehingga membuatkan aku menangis dan terus menangis.
Perjalanan hidupku yang penuh berliku banyak mengajarku tentang erti kesabaran, memendam dan lebih menghargai diri sendiri.
Aku bukan datang dari keluarga berada, sebaliknya dari keluarga yang serba serbinya tiada.
Syukur kepada Tuhan kerana tidak pernah meninggalkan kami.
Ketabahan dan kekentalan Ibu menjaga dan mengasuh kami sudah cukup menjadikan kami
insan2 yang berguna walau tidak jadi menteri.
Syukur dengan kehidupan yang asal tidak meminta2 dari orang lain.
1 ulasan:
Haiii.....selamat berjumpa kembali! Tukar nama?
Catat Ulasan